:::.PERKHIDMATAN.:::

Akta Timbang dan Sukat 1972 menyatakan bahawa setiap alat timbangan mahupun sukatan yang baru perlu ditentusah dahulu sebelum boleh digunakan. Alat-alat ini perlu ditentusah semula setiap 12 bulan seterusnya. Pesalah boleh didakwa, didenda dan alat timbang sukat ini boleh disita ataupun dirampas oleh pihak kerajaan.

Perkhidmatan Kami:

Penentusahan dan penentusahan semula dijalankan pada 34 pejabat.

Pemilik alat timbang dan sukat boleh membawa sendiri alat mereka ataupun melalui agen seperti pembaik alat timbang dan sukat ke mana-mana 34 pejabat cawangan untuk penentusahan alat baru dan juga penentusahan semula alat-alat lama apabila tarikh keberkesanan mereka hampir luput. Kami akan melaksanakan kerja penentusahan atau penentusahan semula dengan sepantas mungkin pada tahap terbaik jika tiada masalah. Kerja-kerja ini akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum penghujung hari.

 
Penentusadan dan penentusahan semula dijalankan di tapak

Untuk alatan timbang dan sukat yang besar, berat ataupun tidak boleh alih, pekerja kami akan melakukan servis selepas mendapat permintaan rasmi dari pemilik mahupun agen mereka. Kami akan bertindak balas secepat mungkin ataupun pada hari bekerja seterusnya setelah menerima permintaan rasmi. Kami akan bersungguh-sungguh menjalankan penentusahan ataupun penentusahan semula selewat-lewatnya kurang dari 5 hari bekerja setelah menerima permintaan rasmi. Contoh-contoh alat ini adalah seperti mesin penimbang kenderaan di kilang-kilang dan pam minyak.

 
Penentusahan dan penentusahan semula berdasarkan permintaan khas

Kami juga akan melakukan servis di premis pelanggan untuk alat-alat timbang dan sukat yang kecil dan ringan tetapi mempunyai sangat sensitif.

 
Stesen Stamping

Untuk sesetengah perkampungan dan kepulauan yang berjadual, kami akan tiba pada tarikh yang dijadualkan untuk melakukan servis bagi kemudahan pemilik alat timbang dan sukat yang tinggal di kawasan yang berdekatan.

 
Penyerahan sijil
Satu sijil akan dikeluarkan kepada setiap satu alat yang telah berjaya diluluskan penentusahan ataupun penentusahan semula yang menyatakan alat tersebut sudah sedia digunakan.
 
Laporan Ujian

Berdasarkan permintaan, laporan ujian untuk alat timbang dan sukat yang berjaya ditentusah akan dikeluarkan.

 
Alat milik Kerajaan
Kami juga melakukan servis pada setiap alat timbang dan sukat milik kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT).
 
Bayaran
Kami akan mengenakan bayaran untuk setiap alat yang ditentusah atau ditentusah semula berdasarkan kadar yang ditentukan oleh kerajaan di bawah Jadual 9 Akta Timbang dan Sukat 1972.